Juventus F.C.

Juventus Football Club S.p.A. (dari Latin iuventūs, "belia"; sebutan bahasa Itali: [juˈvɛntus]), biasanya dirujuk sebagai Juventus atau Juve (disebut [ˈjuːve]),[3] merupakan sebuah kelab bola sepak Itali yang berpusat di Turin, Itali. Kelab ini kelab ketiga tertua di negara asalnya dan banyak menghabiskan sebahagian besar sejarahnya di Serie A, iaitu divisyen pertama Itali kecuali pada musim 2006–07.Juventus ditubuhkan pada tahun 1897 di bawah nama Sport-Club Juventus. Kelab ini ditubuhkan oleh sekumpulan pelajar muda Turin[4] dan salah seorang daripadanya menjadi presiden Juventus yang pertama, iaitu Eugenio Canfari, dan abangnya Enrico.[5][6][7] Mereka berdua telah diuruskan oleh keluarga Agnelli sejak tahun 1923 lalu menjadikan Juventus kelab profesional pertama di negara ini.[8][9] Kelab ini telah menjadi simbol bangsa Italianità ("Itali")[10] oleh kerana tradisi kelab ini yang amat cemerlang sehinggakan memberi impak ke masyarakat Itali terutamanya pada era 1930an dan dekad pertama selepas perang. Ini dapat dilihat sumbangan kelab ini kepada pasukan kebangsaan Itali. Peminat bagi kelab ini ialah yang tertinggi berbanding mana-mana kelab Itali lain dan Juventus juga salah satu kelab memiliki peminat terbanyak di dunia. Sokongan ke atas Juventus sangat meluas di seluruh Itali dan luar negara terutamanya negara yang didiami pendatang Itali.Juventus sebelum ini merupakan kelab paling cemerlang dalam sejarah bola sepak Itali.[11][12][13] Secara keseluruhannya, Juventus telah memenangi 61 gelaran rasmi sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa. Di sini termasuklah 32 gelaran liga, 11 trofi Coppa Italia, tujuh gelaran Supercoppa Italiana dan 11 gelaran Eropah atau kejohanan antara benua. Juventus berada di kedudukan keempat di Eropah dan kelapan di dunia dalam rekod kelab terbanyak dari terma pengumpulan trofi.Pada tahun 1985, ketika Juventus di bawah bimbingan Giovanni Trapattoni, yang membawa kelab Turin ini meraih 13 trofi dalam masa 10 tahun sehingga tahun 1986, Juventus menjadi kelab pertama dalam sejarah bola sepak Eropah yang memenangi ketiga-tiga kejohanan utama yang dianjurkan UEFA, iaitu Piala Kelab Eropah, Piala Juara-Juara Eropah dan Piala UEFA.[14][15] Selepas menjuarai Piala Antara Benua pada tahun yang sama, kelab ini juga menjadi kelab pertama yang telah meraih gelaran Eropah dan kejohanan dunia.[16][17][18]

Juventus F.C.

Stadium Stadium Juventus
(Muatan: 41,475)
Pemilik Keluarga Agnelli (menerusi EXOR S.p.A, Borsa Italiana
Diasaskan 1 November 1897; 122 tahun yang lalu (1897-11-01), sebagai Sport-Club Juventus[2]
Tapak sesawang Laman kelab
Pengurus Maurizio Sarri
Nama penuh Juventus Football Club S.p.A
Liga Serie A
2018-19 Serie A, Pertama
Pengerusi Andrea Agnelli
Gelaran La Vecchia Signora (Wanita Tua)
La Fidanzata d'Italia (Kekasih Italia)
I Bianconeri (Hitam dan Putih)
Le Zebre (Kuda Belang)
La Signora Omicidi (Wanita Pembunuh)[1]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Juventus F.C. http://www.bbc.com/sport/0/football/27463440 http://sportsillustrated.cnn.com/soccer/news/20140... http://www.deloitte.com/assets/Dcom-UnitedKingdom/... http://www.espnfc.com/juventus/story/2858561/juven... http://www.eurosport.com/football/juventus-claim-b... http://www.exor.com/index.php?p=azionariato&s=inve... http://www.exor.com/index.php?p=profilo&s=exor&lan... http://www.exor.com/portfolio/portafoglio_investim... http://www.fifa.com/classicfootball/clubs/matchrep... http://www.fifa.com/live-scores/clubs/club=italy-j...